6 Petua Rawat Kencing Kotor dengan Mudah dan Berkesan

Pernah tak anda alami kencing kotor atau kencing tak lawas ni?. Saya kerap juga kena. Rasa tak selesa dan sakit. Bila ia menyerang, aktiviti harian pun turut terganggu. Sebenarnya kencing kotor ni boleh dirawat. Anda tak perlu terus menderita menanggung sakit jika ia tiba-tiba datang menyerang. Jom saya kongsikan 6 petua rawat kencing kotor dengan mudah dan berkesan.



APA ITU KENCING KOTOR?
Sebelum mengetahui lebih lanjut lagi tentang petua rawat kencing kotor, perlu anda tahu apakah sebenarnya kencing kotor ni. Bagaimana ia terjadi? 

Kencing kotor atau Urinary Track Infection atau lebih senang jika disebut jangkitan kuman pada saluran kencing. Ia berlaku apabila pundi kencing (bladder) atau buah pinggang (kidney) telah dijangkiti kuman yang biasanya ada pada saluran najis yang melintasi saluran penghubung pundi kencing. Ia biasa terjadi kepada wanita berbanding lelaki kerana saluran uretha wanita lebih pendek berbanding lelaki.


Perlu diingat, ia perlu dirawat dengan cepat kerana ia boleh meningggalkan kesan buruk pada buah pinggang jika tindakan awal lambat diambil.


6 PETUA RAWAT KENCING KOTOR
Antara petua-petua yang boleh diamalkan jika terkena kencing kotor ialah:

Petua 1: Minum Air Kosong Secukupnya


Air kosong memainkan peranan penting untuk tubuh kita. Dalam kes ini, air kosong berperanan sebagai menyingkirkan bakteria yang menjadi punca kencing kotor. 

Ada pakar mencadangkan minum air sebanyak 1/2 liter setiap setengah jam selama 4 jam secara konsisten. Sebab itulah minum air kosong amat penting bukan sahaja semasa sakit, tetapi setiap hari untuk menyingkirkan toksin dan bakteria punca penyakit.

Untuk kekal sihat sepanjang masa, cuba amalkan pengambilan air kosong 2-3 liter sehari atau mengikut berat badan anda iaitu 1 liter setiap 25kg berat badan.

Petua 2: Makan Buah-buahan Yang Tinggi antioksidan

Makan buah-buhan yang mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dapat merawat kencing kotor dan meningkatkan imun badan. Anda bolehlah mengamalkan buah-buahan seperti strawberi, cranberes, blueberies dan juga nanas.

Cara paling senang ialah dengan membuat jus buah-buahan ini tanpa gula. Ia baik untuk mengelakkan bakteria daripada melekat pada dinding pundi kencing.

Vitamin C yang terkandung dalam buah-buahan juga dapat membunuh bakteria yang terdapat dalam pundi kencing. 

Petua 3: Ambil Yogurt

Yogurt mengandungi bakteri baik (probiotik). Bakteria baik ini bertindak menghalang kehadiran bakteria jahat yang menyerang pundi kencing. 

Dr Kandis Rivers dari Hospital Henry Fort menyarankan, pesakit yang sering mengalami kencing kotor ini mengambil yogurt setiap hari sebagai langkah pencegahan. 

Petua 4: Minum Air Kelapa


Air kelapa mempunyai banyak khasiat. selain ia mudah didapati, rasanya juga menyegarkan. Air kelapa dapat mengelakkan jangkitan kuman pada saluran kencing, lebih-lebih lagi pada ibu hamil.

Petua 5: Minum Air Barli


Air Barli berperanan sebagai penyejuk badan. Ada juga berpendapat kencing kotor berpunca daripada dalam badan yang panas. Untuk menikmati air bali, anda bolehlah merebus bali dengan meletakkan sehelai daun pandan atau gula batu sedikit dan sedia untuk dinikmati!

Petua 6: Pengambilan Antibiotik


Cara diatas jika kencing kotor terjadi pada masa kecemasan sebagai langkah awal sebelum anda mendapatkan rawatan doktor di klinik berhampiran. Perlu diingat, jika ia berlaku anda jangan berlengah untuk mendapatkan rawatan daripada doktor. Doktor akan memberikan antibiotik. Anda perlu habiskan antibitiotik yang dibekalkan untuk mengatasi kencing kotor. Jiak ia berlaku lagi, anda perlu rujuk kepada doktor sekali lagi untuk pemeriksaan lebih lanjut. Mungkin ia satu petanda anda mengalami penyakit lain sebenarnya.

LANGKAH PENCEGAHAN ELAK KENCING KOTOR
Mencegah adalah cara yang terbaik untuk mengelakkan kencing kotor terus berulang. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah:

1) Minum air kosong 2 hingga3 liter sehari
2) Buang air kecil dengan kerap
3) Jaga kebersihan dir dengan sempurna. Patikan anda membasuh dengan sempurna selepas etiap kali membuang air besar.
4) Elak menggunakan pencuci vagina yang mengandungi bahan pewangi.

Rawat Kencing Kotor dengan Suplement Shaklee
Sebagai alternatif tanpa ubat, kencing kotor dapat dirawat dengan vitamin shaklee iaitu:

Alfafa Shaklee

ia bertindak sebagai antikulat. Alfafa dipercayai tumbuhan yang berzat tinggi baik untuk tubuh manusia, melawaskan sistem pembuangan dan membuang toksin dalam badan. 

Garlic Compleks

Ia bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Menghalang jangkitan kuman, kulat, virus dan juga yis.

Vitamin C

Bertindak mengasidkan urin untuk melawan bakteria dalam pundi kencing selamat dari bakteria dan menguatkan sistem pertahanan badan.

Jika anda kerap mengalami kencing kotor, teruslah berikhtiar dan berusaha merawatnya sebelum ia jadi lebih parah. Anda juga tidak perlu menanggung derita selamanya dengan mengambil set ini insyaallah kencing kotor anda dapat diatasi dengan segera. 

Jika berminat untuk mencuba rangkaian produk shaklee, anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. 


Puan Harisatun Nida bt Abd Rashid
Call/sms/wasap: 0164225314
Facebook: Harisatun Nida bt Abd Rashid
FanPage: Harisatun Nida bt Abd Rashid MJE
Website: www.dotneeda.blogspot.com

Jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada saya. Saya sedia membantu.

Pengedar Shaklee No 1 Selangor.
Penghantaran sekitar Bandar Baru Bangi, Bandar Seri Putra, Taman Impian Putra, Bangi Avenue, Bukit Mahkota.













No comments:

Post a Comment